Evergrande China Parah! Masalah Datang Bertimpa-timpa

1,233

Saham Evergrande China menjunam 24% pada hari Isnin, selepas ia dilaporkan tidak dapat mengeluarkan hutang baharu sekali gus memberi petanda bahawa rancangan penstrukturan semulanya gagal.

Kejatuhan itu turut mengheret saham hartanah China yang lebih luas untuk merosot 2.5% pada awal minggu.

Evergrande dalam kenyataan terbarunya berkata bahawa ia tidak dapat memenuhi kelayakan untuk pengeluaran hutang baharu disebabkan siasatan yang dijalankan ke atas anak syarikatnya, Hengda Real Estate Group.

Ini berlaku selepas pengumuman akhir minggu lepas bahawa Evergrande menangguhkan mesyuarat pemiutang yang dijadualkan hari ini dan esok.

Gergasi hartanah China itu cuba menukar hutang matang untuk nota jangka panjang tetapi ia tidak berjalan mengikut rancangan.

Hal ini secara tidak langsung menjejaskan usaha untuk penstrukturan semula syarikat itu, ditambah pula dengan ‘kes’ terbaru pada minggu lalu.

Terdahulu, dilaporkan bahawa polis telah menahan beberapa pekerja di anak syarikat kewangannya, Evergrande Wealth Management.

Dengan masalah yang datang bertimpa-timpa ini, prospek untuk Evergrande puliih semula semakin malap dan krisis dalam pasaran hartanah China djangka akan berterusan sekali gus mengheret pertumbuhan ekonomi negara itu.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat