Exxon Bekukan Dividen Untuk Kali Pertama Dalam Tempoh 13 Tahun

290

Exxon Mobil Corp yang merupakan salah sebuah syarikat minyak terbesar bertindak membekukan dividennya untuk kali pertama dalam tempoh 13 tahun. Hal ini demikian kerana kejatuhan harga minyak sekaligus mengakibatkan syarikat berkenaan berhadapan dengan krisis kewangan.

Berdasarkan sebuah kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Irving, Texas itu akan membuat pembayaran saham sebanyak 87 sen pada bulan Jun, tiada sebarang perubahan daripada perbelanjaan bulan Mac.

Tekanan yang dihadapi akibat daripada wabak pandemik COVID-19 telah menyebabkan pengurangan permintaan terhadap bekalan minyak lalu syarikat tersebut terpaksa mengurangkan aktiviti pelaburan mereka. Anggaran modal 2020 telah dikurangkan sebanyak $ 10 bilion untuk menjimatkan wang tunai. Tetapi, akibat daripada kemerosotan yang berterusan dalam pasaran tenaga, jumlah tersebut didakwa tidak mencukupi untuk menampung pembayaran yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, pembekuan tersebut mungkin tidak akan menjejaskan perkembangan tahunan Exxon. Walaupun syarikat mengekalkan pembayaran suku tahun pada tahap semasa untuk baki tahun 2020, perbelanjaan tahunan akan menjadi $ 3.48 per saham, atau 1.5% lebih tinggi berbanding 2019. Pada setiap tahun, pembayaran dividen akan menelan belanja Exxon hampir $ 15 bilion tahun ini.

Sementara itu, Equinor ASA Norway menjadi syarikat minyak besar pertama yang membekukan dividen ketika krisis pasaran berlaku akibat daripada penularan coronavirus. Oleh itu, sebilangan besar penganalisis menjangkakan beberapa syarikat Barat terbesar di dunia, termasuk Exxon akan mempertahankan dividen mereka kerana kepentingan pembayaran dividen kepada pelabur Amerika Utara.

Untuk pengetahuan semua, Exxon adalah pembayar dividen ketiga terbesar dalam Indeks S&P 500 selepas Microsoft Corp dan AT&T Inc.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat