Fed Fischer Mengumumkan Peletakan Jawatan Sebagai Orang Nombor 2 The Fed

34

Naib Pengerusi Federal Reserve Stanley Fischer mengumumkan perletakan jawatan beliau yang akan berkuatkuasa pada pertengahan Oktober. Hal ini dilihat sebagai peluang kepada Presiden Trump untuk membentuk semula halatuju bank pusat.

Dalam suratnya kepada Trump, Fischer yang berumur 73 tahun meletak jawatan atas sebab peribadi yang akan berkuatkuasa pada 13 Oktober, lapan bulan sebelum penggal beliau berakhir sebagai naib pengerusi The Fed.

Dalam surat tersebut, Fischer mengatakan pertumbuhan pekerjaan telah kembali ke Amerika Syarikat dan langkah untuk menjadikan sistem kewangan lebih kukuh dan kuat telah diambil.

Untuk rekod, Fischer pernah menjadi Gabenor bank pusat Israel dari 2005 hingga 2013 sebelum menyertai The Fed. Fischer juga adalah bekas pensyarah kepada bekas Pengerusi The Fed Ben Bernanke dan Presdien ECB ketika ini Mario Draghi semasa di MIT dahulu.

Fischer sebelum ini pernah mengkritik di mana beliau mengatakan usaha kerajaan Amerika Syarikat untuk melonggarkan regulasi perbankan adalah “merbahaya” pada 16 Ogos lepas.

Tambahnya, terdapat isyarat yang buruk untuk kembali kepada krisis kewangan 2008.

“Saya bimbang dengan sistem politik US yang mungkin akan membawa kita ke arah yang sangat bahaya,” kata Fischer dalam ucapannya pada 16 Ogos.

“Ia mengambil masa hampir 80 tahun selepas 1930 untuk sekali lagi berhadapan dengan krisis kewangan yang sangat teruk. Dan sekarang selepas 10 tahun, semua orang mahu kembali kepada pelonggaran regulasi sebelum krisis kewangan 2008. Dan saya rasa ini benar-benar merbahaya,” kata beliau pada bulan lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat