GBPUSD Analisa Fundamental Harian 29 Apr 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-008

Pound Dollar membuat kejutan apabila data GDP UK yang meleset dari jangkaan, membuat ‘spike-down’ dan kemudiannya terus memacu naik lebih 120 pips sepanjang sesi petang dagangan Eropah.  Data “consumer confidence” AS yang dilaporkan lemah kemudiannya hanya membantu Pound untuk terus mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5335 sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan.

Jabatan Statistik Kebangsaan UK melaporkan GDP tahunan pada 2.4% berbanding 2.6% jangkaan dan 3% sebelumnya, yang merupakan perkembangan terendah sejak suku keempat 2012.  Walau bagaimanapun, menurut mereka angka itu adalah 4% lebih tinggi dari sebelum krisis kewangan 2008 dan 8.4% lebih tinggi dari 2010 ketika kerajaan campuran mula mengambil alih tampuk pemerintahan.

Ketika ini pasaran UK sedang bergelut dengan risiko politik yang mungkin timbul selepas pilihanraya umum Mei ini.  Dengan ketiadaaan satu parti yang mendapat majoriti dalam pungutan suara, kerajaan campuran dilihat lebih berkemungkinan untuk mengemudi ekonomi Britain.  Inflasi yang berada pada paras terendah dalam sejarah UK, sudah tentu memberi kelebihan kepada kerajaan sedia ada, kerana kuasa membeli pengguna yang berada pada paras terbaik.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat