Gempar! BTC Makin Ganas, Harga Bullish $72K!

374

“Wow sangat mengejutkan ye, sebelum halving harga BTC dah pacak macam tu.”

Semua pasti terkejut setelah melihat harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) memecahkan $72,000 yang didorong oleh peningkatan aliran masuk BTC ETF dan minat para pelabur sehingga menyebabkan sentimen bertukar “extreme greed”.

Sungguhpun terdapat banyak masalah makroekonomi, harga BTC terus naik lebih tinggi tetapi perlu diketahui bursa kripto pada 11 Mac 2024 hanya memegang 2.3 juta BTC yang menandakan tahap terendah sejak April 2018.

Semasa pasaran saham Amerika Syarikat (AS) dibuka semalam, volum dagangan spot BTC ETF mengukuh apabila BlackRock melihat $500 juta dalam dagangan dalam masa 30 minit pertama manakala Fidelity pula lebih $217 juta.

Menerusi pemerhatian, pelabur institusi menarik $10.3 bilion ke dalam aset digital setakat ini pada 2024 dan $9.9 bilion telah mengalir ke BTC secara khusus sementara produk pelaburan kripto pada minggu lalu mencatat rekod mingguan dengan lebih $2.7 bilion mengalir ke pasaran kripto.

Suka dimaklumkan pelabur institusi bukanlah satu-satunya pelabur yang menunjukkan peningkatan minat terhadap BTC susulan bilangan wallet yang memegang jumlah non-zero BTC kekal melebihi 51 juta untuk keseluruhan tahun 2024.

Selain terdapat lebih banyak wallet BTC berbanding sebelum ini, pertumbuhan harga BTC bulan ke bulan yang konsisten telah menyebabkan hampir semua address menjana keuntungan dan ini menunjukkan keyakinan kenaikan yang kukuh untuk aset digital itu.

Umum mengetahui MicroStrategy diasaskan oleh Michael Saylor yang menyelesaikan usaha pengumpulan dana $800 juta untuk beli BTC tambahan telah gunakan lebihan tunainya bagi peroleh 12,000 BTC dengan jumlah pegangannya kini melebihi 200,000 BTC.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 6.16% pada paras $72,125 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan pendakian 5.90% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat