Guns N’ Roses Konsert Jelajah Malaysia November Ini!

341
Siapa yang tidak kenal dengan Guns N’ Roses (GNR) sebuah band rock yang boleh dikatakan lagenda setaraf kumpulan Scorpion dan Metallica walalupun mereka hanya muncul pada lewat 80-an.

 

Tiga figura kumpulan ini yang pasti menyentap semangat rock pada zaman itu adalah W Axl Rose selaku vokalis, Slash (Gitar) dan Duff McKagan (Bass).

 

Berita baik untuk peminat-peminat Guns N’ Roses di Malaysia, kumpulan ini akan mengadakan konsert pada 14 November tahun ini. Dijangka lebih daripada 30,000 peminat akan membanjiri Sunway Surf Beach, Sunway Lagoon.

 

Guns N’ Roses live at London Stadium, Friday, 17 June 2017
Pemuda malah kanak-kanak yang hidup pada era 90-an sudah pasti masih mengingati lagu Sweet Child O’ Mine yang dimuatkan dalam album pertama GNR, Appetite For Destruction yang diterbitkan lebih daripada 30 tahun yang lalu.

 

Sweet Child O’ Mine adalah karya vokalisnya W Axl Rose yang pasti menggamit kenangan tahun 90-an. Kehebatan suara Axl yang serak basah di tambah pula dengan alunan gitar Slash telah menjadikan Guns N’ Roses satu fenomena pada era itu.

 

 

Sesuai dengan penganjurannya pada 14 November ini, rasanya ramai dikalangan kita yang pasti tidak mahu terlepas alunan dan petikan gitar Slash dalam lagu ‘November Rain’. Slash dalam pertengahan lagu tersebut mengambil masa yang agak panjang mengalunkan gitar sehingga menaikkan bulu roma jika dihayati dengan mendalam.

 

Selain Axl, 56, Slash, 52, dan Duff, 54, konsert jelajah ini akan turut menampilkan Dizzy Reed selaku pemain keyboard, Richard Fortus (Gitar) dan Frank Ferrer (Dram).

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat