Had Hutang Kerajaan Faktor Dalam Memulakan Pengurangan Pegangan Bon Fed – Kashkari

66

Presiden Fed cawangan Minneapolis, Neel Kashkari berkata pada Khamis bahawa Federal Reserve akan mempertimbangkan usaha kerajaan dalam meningkatkan had hutang kerajaan dalam membuat keputusan bagi memulakan pengurangan pegangan bon bank pusat.

“Saya rasa anda melihat kami juga mengikuti perbahasan penetapan had hutang negara yang sedang berlaku di Kongres,” kata Kashkari dalam ucapannya di Minnesota. “Saya rasa kami akan mengikuti proses ini.”

Dalam minit mesyuarat pada Julai yang dikeluarkan pada Rabu, bank pusat dilihat memperkukuhkan jangkaan pasaran terhadap pengumuman untuk mula mengurangkan pegangan $4.2 trillion bon dalam mesyuarat selepas ini pada 19-20 September.

 

Minit mesyuarat FOMC menunjukkan ramai daripada ahli menunjukkan kebimbangan terhadap tren inflasi yang menurun sejak beberapa bulan lalu dan ada di antara mereka yang mahu kadar terus dikekalkan sehingga jelas trend inflasi ini hanya bersifat sementara.

Majoriti daripada ahli bank pusat juga melihat kadar inflasi akan kekal di bawah paras 2% dalam tempoh yang lebih lama daripada ramalan, dan ada juga yang berpendapat risiko kepada inflasi ini cenderung bergerak ke bawah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat