Harga Minyak Melonjak, Pemotongan Bekalan Bermula Minggu Hadapan

38

Selepas cuti Krismas yang agak panjang, harga minyak melonjak secara signifikan dalam dagangan Selasa yang disokong oleh keyakinan terhadap perjanjian pemotongan pengeluaran minyak yang akan bermula minggu hadapan.

Harga minyak terus disokong dengan komen Menteri minyak Arab Saudi yang mengatakan harga minyak akan terus meningkat pada tahun kewangan 2017, berikutan jumlah bekalan akan menstabilkan semula pasaran.

Tambahan lagi, ahli jawatankuasa OPEC dan bukan-OPEC juga telah ditubuhkan bagi memantau pasaran yang akan bermesyuarat pada 13 Januari nanti.

Berikutan daripada hal ini, harga minyak WTI melonjak 1.66% dan ketika ini didagangkan di paras $54.16 setong, manakala minyak Brent (Brent-oil) naik 1.7% dan sedang didagangkan pada harga $57.14 setong.

Harga minyak dijangka akan terus meningkat beberapa hari lagi berikutan pengeluar OPEC dan bukan-OPEC akan memulakan pengurangan pengeluaran.

Walaubagaimanapun, masih ada sedikit risiko yang menyelubungi pasaran minyak dan asas (fundamental) komoditi ini dalam jangka panjang. Libya telah menyatakan akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 270,000 tong sehari dalam masa tiga bulan ke hadapan, di mana bekalan minyak Amerika Syarikat juga dijangka bertambah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat