Harga Pengguna CPI Kanada Jatuh 0.1% Pada Jun

38

Harga pengguna (CPI) di Kanada menyusut 0.1% pada Jun sejajar dengan jangkaan pasaran berbanding kenaikan 0.1% pada Mei. Dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun, data CPI naik 1.0% dari 1.3% sebelum ini.

Inflasi-teras (Core-CPI) naik 0.1% pada Jun dengan bacaan tahunan (12 bulan sehingga Jun 2017) tidak berubah dari 0.9%.

Jika tidak mengambil kira perubahan harga barangan yang volatile seperti harga tenaga dan makanan, harga naik 0.1% berbanding 1.4% yang dicatat tahun lalu.

Apabila dilihat kepada komponen-komponen dalam indeks CPI ini, harga tenaga jatuh 2.0% pada Jun dengan kejatuhan tahunan 1.3%. Harga makanan pula meningkat 0.3% berbanding 0.6% dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun 2017.

Terdapat kejatuhan mendadak dalam harga pakaian sebanyak 2.2% pada Jun dengan harga gasolin yang merosot turut mengheret harga pengangkutan lebih rendah.

Dalam laporan polisi monetari Bank of Canada (BoC) pada Julai, bank pusat melihat masalah-masalah kecil dalam ekonomi akan selesai lebih awal dari permulaan tahun 2018.

Bank pusat juga menyatakan bahawa mereka perlu melihat data-data dan akan mula menaikkan kadar faedah sebelum sasaran inflasi 2% dapat dicapai.

Dalam konteks ini, pengukuhan inflasi dalam sektor perkhidmatan akan mengekalkan Bank of Canada (BoC) dalam fasa pengetatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat