IMF Beri Amaran, Ekonomi Global Berhadapan ‘Cabaran Terbesar’ Sejak Perang Dunia II !

4,545

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam kenyataan terbaru telah memberi amaran terhadap “pemecahan geoekonomi” ketika para penggubal dasar dan pemimpin sedang berdiskusi dalam perjumpaan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Dalam catatan, Pengarah IMF, Kristalina Georgieva menyatakan bahawa ekonomi global sedang berhadapan dengan cabaran terbesar sejak Perang Dunia Kedua dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine menambah kesan berganda yang dipicu dari kesan Covid-19. Hal ini telah mendorong pertumbuhan ekonomi berkurangan dan mendorong inflasi ke paras tertinggi dalam beberapa dekad.

Harga makanan dan tenaga yang melonjak menghimpit isi rumah di seluruh dunia, manakala bank pusat mengetatkan dasar monetari untuk mengekang inflasi. Ini turut memberi tekanan mereka yang berhutang dalam kalangan negara, syarikat dan isi rumah.

Apabila digabungkan dengan lonjakan dalam ketidaktentuan dalam pasaran kewangan dan ancaman berterusan daripada perubahan iklim, IMF berpandangan bahawa dunia mempunyai kemungkinan untuk berhadapan dengan ‘bencana’.

Menurut Georgieva, “keupayaan IMF untuk bertindak balas telah dihadkan oleh faktor lain seperti perang di Ukraine yang menghadirkan risiko pemecahan geoekonomi yang meningkat.
Ketegangan terhadap perdagangan, piawaian teknologi dan keselamatan semakin meningkat saban hari selama bertahun-tahun, menjejaskan pertumbuhan dan kepercayaan terhadap sistem ekonomi global semasa.”

Beliau menambah bahawa ketidaktentuan di sekitar dasar perdagangan sahaja mengurangkan KDNK global sebanyak hampir 1% pada 2019, berdasarkan penyelidikan IMF. Dalam pemantauan berasingan juga menunjukkan bahawa sekitar 30 negara telah menyekat perdagangan dalam makanan, tenaga dan komoditi utama lain.

Georgieva memberi amaran bahawa perpecahan selanjutnya akan menyebabkan kos global yang besar.

Disisi lain, Carmine Di Sibio, pengerusi global dan Ketua Pegawai Eksekutif EY berpandangan bahawa walaupun jumlah urus niaga korporat telah perlahan namun terdapat tanda-tanda bahawa aktiviti kekal rancak dan para pemain industri sedang meneliti pilihan untuk mengubah corak perniagaan mereka.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat