Inflasi UK Meleset, GBPUSD Jatuh 100 Pip

51

Harga pengguna (CPI) UK jatuh dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun kepada 2.6% berbanding jangkaan 2.9% dan bacaan sebelum ini 2.9% pada Mei. Bacaan tahunan ini juga adalah yang pertama kali merosot sejak Oktober 2016.

Dari bulan ke bulan, bacaan tidak berubah berbanding jangkaan kenaikan 0.2%.

Bacaan inflasi teras (Core-cpi) tahunan menyusut kepada 2.4% dari 2.6% sebelum ini.

Apabila dilihat kepada komponen-komponen dalam harga pengguna, harga tenaga merosot pada Jun dengan kejatuhan juga direkod dalam harga sektor rekreasi.

Dari segi tahunan, tekanan ke atas terhadap inflasi banyak disumbang oleh sektor perumahan dan perkhidmatan isirumah.

Trend inflasi di UK akan terus memberikan impak penting terhadap jangkaan polisi Bank of England. Bank pusat telah menjelaskan untuk mengkaji kenaikan inflasi yang disebabkan oleh kelemahan Sterling, tetapi bank pusat turut menekankan tolak-ansur kepada pergerakan inflasi melebihi sasaran 2% ada hadnya.

Bacaan inflasi yang kurang daripada jangkaan pada Jun akan memberi kesan signifikan kepada jangkaan polisi monetari bank pusat. Hal ini penting berikutan beberapa ahli MPC dalam bank pusat akan mengalami kesukaran untuk membuktikan keperluan kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat khususnya kadar inflasi yang tidak bergerak melebihi 3.0%.

GBPUSD melemah selepas data ini dikeluarkan dengan pasangan matawang ini jatuh sehingga 100 pip berikutan kelemahan inflasi yang mengurangkan potensi kenaikan kadar Bank pusat dalam masa terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat