Inflasi Zon Eropah Stabil, Perdangangan Meningkat Buat Pertama Kali Dalam Masa Enam Bulan

38

Berdasarkan laporan indeks harga pengguna (CPI) dan CPI teras oleh Eurostat hari ini, kedudukan kadar Inflasi bagi 19 buah negara yang menggunakan matawang Euro kekal stabil pada bulan Julai.

Eurostat telah mengesahkan data kajian semula keluaran dalam negara kasar (flash GDP) terhadap inflasi tahunan zon eropah pada paras 1.3% berikutan kenaikkan harga barangan tidak termasuk harga tenaga dan makanan tidak diproses.

Walaupun kenaikan harga masih di bawah sasaran 2% ECB, teras inflasi masih kekal di paras 1.2% seperti jangkaan.

Data imbangan dagangan pula melaporkan lebihan diluar jangkaan sebanyak $22.3 bliion Euro berbanding $20.4 billion. Dan data kaji semula bulan Jun sedikit susut daripada $19.7 billion euro kepada $19 billion euro

Eurostat turut melaporkan peningkatan eksport kepada 3.9% bagi bulan Jun (tahun ke tahun) dan meningkat 6.2% pada pasaran import.

Peningkatan perdagangan Kesatuan Eropah terutamanya kepada Rusia, China dan Korea Selatan merupakan kali pertama sepanjang tempoh enam bulan tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat