Ini 4 Syarikat Yang Harus Diperhatikan Oleh Para Pelabur Sepanjang Acara E3 2019!

337

Jika anda seorang pelabur dan dalam masa yang sama anda juga seorang penggemar permainan video, mungkin anda tertanya-tanya syarikat apa yang harus ditinjau. Pada ketika ini sedang berlangsung acara E3 2019 yang bermula 11 Jun dan akan berakhir pada 13 Jun. Bagi anda yang tidak tahu apa itu E3, E3 merupakan Electronic Entertainment Expo. Sebuah acara yang ditunggu-tunggu oleh gamers, kerana dalam acara ini industri games akan menampilkan barangan-barangan baru dan pengumuman yang terkini.

Ini 4 Syarikat yang harus diperhatikan para pelabur semasa acara E3 berlangsung.

1) Microsoft

Baru-baru ini Microsoft telah membuat kejutan dengan berkongsi maklumat konsol generasi baharu yang dikenali sebagai Project Scarlett dan bakal diperkenal pada tahun hadapan.

Konsol ini dikatakan menawarkan prestasi 4 kali lebih berkuasa berbanding Xbox One X pada hari ini. Bukan itu sahaja, ia dilengkapi dengan sokongan grafik berasaskan binaan AMD Zen 2 dan Radeon RDNA. Dengan ini pemain dapat menikmati permainan pada resolusi sehingga 8K. Ia turut menawarkan prestasi permainan pada kadar 120fps yang pastinya memberikan pengalaman bermain yang sangat mengujakan.

Hasil dari pengumuman bahawa Microsoft akan menggunakan chip AMD untuk konsol generasi baru, saham AMD naik keparas angka bacaan 13 tahun tertinggi yang dikecapi pada tahun 2006.

2) Activision Blizzard

Berdasarkan data, saham Activision tidak begitu memberangsangkan, saham Activision telah jatuh 40% pada tahun lepas. Walaubagaimanapun, syarikat ini akan mengumumkan siri terbaru permainan video Call of Duty yang menjadi kegilaan ramai gamer.

3) Netflix

Walaupun Netflix bukanlah syarikat permainan video, namun Netflix akan turut serta dalam acara E3 2019.

Para pelabur harus memerhatikan pengumuman Netflix yang berkemungkinan akan memaparkan siri permainan video dalam Netflix.

4) Electronic Arts

Pada suku pertama tahun ini, saham EA telah berjaya melonjak naik apabila game battle royale Apex Legends menjadi kegilaan ramai. Game tersebut mengjakau 10 juta pemain dalam masa 72 jam sahaja.

Maka berita seperti game Star Wars Jedi: Fallen Order dan Apex Legends harus jadi tumpuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat