Ini Cara Trade Forex Menggunakan Analisis Intermarket dan Sentimen Pasaran

2,037

Pasaran Wall Street semalam menjunam teruk selepas laporan International Monetary Fund (IMF) yang memberi amaran terhadap pertumbuhan dan kestabilan kewangan global. Ini menyebabkan pasaran global dalam keadaan risk-off/ risk aversion/ berisiko.

Carta CBOE VIX yang mengukur indeks kebimbangan pasaran SP500 menaik sebanyak 50% kepada 23% dalam masa sehari.

Carta CNN Fear and Greed jugak menunjukkan mood pasaran dalam keadaan extreme fear. Turun kepada nilai 8 daripada 23 pada hari sebelumnya.

Dalam pasaran equity (saham), kesemua pasaran utama seperti Nikkei, ASX 200, Dax, Ftse, SP500, Dow, dan Nasdaq berada didalam keadaan negatif. Bermakna pelabur bimbang untuk melabur dalam pasaran saham. Permintaan terhadap pasaran saham berkurang.

Apabila pasaran saham berkurang, pelabur akan cari pasaran yang selamat untuk melabur seperti bon. Secara asas, harga bon berlawanan dengan pulangan/dividen/hasil bon. Jika permintaan bon naik, pulangan bon akan menurun. (Boleh rujuk gambar yang bernombor 4 untuk lihat penurunan pulangan bon berada pada warna merah).

Jadi disini boleh disimpulkan bahawa kenaikan indeks VIX, penurunan indeks Fear and Greed, penurunan indeks saham dan kejatuhan pulangan Bon akan menyebabkan pasaran berada didalam keadaan berisiko (risk-off).

Apa jadi kepada matawang jika pasaran risk-off? Matawang yang mempunyai pulangan pelaburan yang tinggi akan dijual manakala matawang yang mempunyai pulangan yang rendah akan mendapat permintaan.

Kenapa?

Kerana apabila pasaran stabil, pelabur akan mencari pulangan yang maksimum dengan meminjam matawang yang rendah kadar faedah dan melabur di negara yang mempunyai pulangan yang tinggi. Rujuk gambar nombor 5, New Zealand mempunyai pulangan sebanyak 2.648%, Japan mempunyai 0.140. Jika ingin memaksimakan pulangan, pelabur meminjam matawang Japan dan melabur di New Zealand.

Sekiranya berlaku pasaran yang berisiko, pelabur akan mengambil untung dari negara yang dilabur dan ditukarkan semula kepada matawang asal yang dipinjam. Disini akan berlaku permintaan terhadap matawang yang dipinjam pada awalnya.

Konklusinya, jika berlaku risk-off, pair audxxx, nzdxxx, xxxjpy dan xxxchf akan menjunam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat