Ini Cara Untuk Anda Menderma Kepada Kerajaan Bagi Membayar Hutang Negara

1,538

Selepas daripada pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa kerajaan menanggung hutang sebanyak RM1 trillion, ramai rakyat Malaysia dengan inisiatif sendiri menawarkan kaedah untuk membayar hutang tersebut.

Ada yang sehingga membuka akaun sendiri untuk sesiapa sahaja menderma wang dan ada juga ahli politik yang mendermakan gaji mereka.

Dengan inisiatif yang dilakukan oleh individu yang membuka akaun untuk derma, timbul persoalan sejauh manakah derma itu benar-benar disalurkan kepada kerajaan? Ramai juga yang meluahkan rasa curiga dengan tabung-tabung derma kerajaan itu.

Berkait dengan permasalahan ini, kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah menubuhkan ‘Tabung Harapan Malaysia’ untuk rakyat Malaysia mengurangkan beban hutang negara.

Berikut adalah kenyataan rasmi Kementerian Kewangan Malaysia berkaitan penubuhan tabung tersebut:

Berdasarkan kenyataan di atas, rakyat Malaysia yang perihatin bolehlah menyumbangkan derma dengan apa juga amaun ke Tabung Harapan Malaysia (THM) ke akaun Malayan Banking Berhad (Maybank) : 566010626452.

Diingatkan sekali lagi bahawa derma perlu disalurkan dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM).

Terbaik rakyat Malaysia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat