Saham global dan hasil bon meningkat selepas pengumuman Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengenai penamatan program pengurangan pembelian bon pada Mac dan memulakan kenaikan kadar faedah sebanyak 3 kali menjelang tahun depan.
Unjuran ekonomi baharu meramalkan inflasi akan naik 2.6% tahun depan berbanding jangkaan 2.2% pada September dan kadar pengangguran akan jatuh 3.5%.
Tolok saham MSCI seluruh dunia memacu 0.10% dan indeks STOXX 600 pan-Eropah melonjak 0.26%.
Indesk purata Dow Jones Industrial naik 390.19 mata atau 1.10% pada 35,934.37, S&P 500 tambah 75.48 mata atau 1.63% pada 4,708.37 dan Nasdaq Composite lonjak 330.94 mata atau2.17% pada 15,568.58.
Hasil perbendaharaan 2 tahun AS naik 3.8 mata asas pada 0.697% sementara hasil nota perbendaharaan 10 tahun tambah 2.4 mata asas pada 1.463% dan hasil bon perbendahraan lonjak 3 mata asas pada 1.849%.
Indeks dolar susut 0.227% sementara Euro naik 0.31% pada $1.1292 dan spot emas pada $1,779 pe auns.
Kadar inflasi di UK melonjak pada November ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun pada 5.1% yang melebihi ramalan ahli ekonomi menjelang mesyuarat penetapan kadar Bank of England (BoE) pada Khamis telah membuatkan para pelabur kembali meletakkan keyakinan untuk BoE menaikan kadar.
Harga minyak melonjak tinggi hasil lantunan kerugian semalam dengan harga minyak mentah AS naik 0.20% pada $70.87 setong sementara harga minyak mentah Brent lonjak 0.24% pada $73.88 setong.