Ini Perkara Pelabur Perlu Tahu Sebelum Trade Pada Sesi NY

811

US dolar terus meraih sokongan daripada hasil perbendaharaan yang lebih tinggi menjelang pengeluaran data inflasi utama.

Indeks harga teras (PCE), atau lebih dikenali sebagai perbelanjaan penggunaan peribadi teras, menjadi laporan inflasi yang diperhatikan oleh bank pusat AS pada malam ini yang dijangka akan menunjukkan peningkatan.

Hasil bon AS 10 tahun menguat di tahap 1.6%, susulan laporan yang mengatakan Presiden Joe Biden akan melancarkan rancangan belanjawan beliau untuk tahun fiskal 2022 yang bernilai $6 trilion pada hari ini.

Prospek perbelanjaan yang tinggi dan pertumbuhan yang lebih pantas telah memberi sokongan sementara buat pasaran saham. Bagaimanapun, perbelanjaan yang besar juga bermaksud beban hutang negara dijangka akan meningkat lebih tinggi, yang mana ia diramalkan bakal melebihi rekod Perang Dunia ke-2 pada tahun 2024.

Ekoran pengukuhan hasil bon, US dolar didagangkan hampir ke paras ketinggian tujuh minggu berbanding matawang yen yang sensitif dengan kenaikan hasil, selain turut terkesan dengan lanjutan keadaan darurat Covid-19 di Jepun.

Faktor pengukuhan US dolar turut dikaitkan dengan pengambilan untung menjelang dagangan akhir bulan, memandangkan pada hari Isnin, bank-bank di Amerika dan UK akan ditutup sempena cuti umum.

Bagi matawang Eropah pula, pound dilihat stabil di sekitar harga 1.41800 berbanding US dolar, selepas disokong oleh kenyataan pembuat dasar Bank of England (BOE), Gertjan Vlieghe mengenai kenaikan kadar faedah yang lebih cepat dari dijangkakan.

Sementara pergerakan matawang euro pula masih terbatas dengan pengukuhan dolar greenback. Namun, matawang itu masih memegang keuntungan yang diraihnya minggu ini selepas melonjak ke tahap tertinggi empat setengah bulan pada Rabu.

Di sisi lain, dagangan komoditi terus bergelut mencari arah kenaikan ketika US dolar meraih pengukuhan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat