Ini Ramalan Kesatuan Eropah Berhubung Dengan Perdagangan EU Pada Tahun Ini!

503

Kesatuan Eropah telah mengeluarkan ramalan mereka bahawa perdagangan EU dengan seluruh dunia akan merosot sebanyak 525 bilion euro ($ 570 bilion) atau kira-kira hampir 10% pada tahun ini akibat daripada penularan wabak Covid-19.

Eksport barangan dan perkhidmatan EU dijangka akan jatuh sebanyak 285 bilion euro, atau 9.2%, sementara import barangan dan perkhidmatan akan menurun sebanyak 240 bilion euro, atau 8,8% sebagaimana menurut Suruhanjaya Eropah pada hari Jumaat.

Ramalan tersebut adalah berdasarkan komisi Kesatuan Eropah yang merangkumi 27 negara, bahawa perdagangan global akan jatuh sebanyak 9.7% pada tahun 2020. Organisasi Perdagangan Dunia meramalkan bahawa perdagangan barang global akan jatuh antara 13% sehingga 32% tahun ini.

Sektor yang paling terkesan nanti dalam kejatuhan eksport EU adalah sektor pembuatan. Menurut Suruhanjaya Kesatuan Eropah, peralatan pengangkutan dan mesin elektrik akan terjejas lebih teruk.

Dalam masa yang sama, Suruhanjaya tersebut menekankan bahawa mereka akan memperbaharui ramalan tersebut pada bulan Mei dan EU kini sedang berhadapan dengan penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar yang disebabkan oleh pandemik ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat