Jangkaan Terkini Pilihanraya Perancis Dan Kesannya Kepada Pasaran Eropah

99

Pusingan pertama pilihanraya Perancis telah pun berakhir dan pasaran seakan semakin yakin dengan aset pelaburan di Zon Eropah. Kebimbangan terhadap pilihanraya Jerman pada September juga dilihat semakin berkurangan sekurang-kurangnya dalam jangka pendek.

Keputusan rasmi pilihanraya Perancis mengesahkan Macron memenangi undian pusingan pertama dengan 23.8%, di mana Marine Le Pen di tempat kedua dengan undian sebanyak 21.5%. Kedua-dua calon ini akan bertanding semula dalam pusingan kedua pada 7 Mei.

Tinjauan terbaru bagi pusingan kedua masih lagi menunjukkan Macron akan memenangi pilihanraya kedua dengan peratusan yang lebih tinggi. Kini jangkaan terhadap Le Pen adalah beliau akan mengalami kesukaran selepas sokongan terhadap beliau merosot dari 28% sebelum ini.

Ini juga merupakan kali pertama dalam masa 60 tahun, calon Presiden dari parti utama gagal ke pusingan kedua pilihanraya.

Dengan perkembangan semasa tinjauan yang masih lagi memihak kepada Macron, jika terdapat isyarat bahawa Le Pen pula mendapat sokongan akan menyebabkan kebimbangan kepada pasaran dengan matawang Euro dan pasaran ekuiti berpotensi jatuh mendadak.

Dengan andaian Macron memenangi undian kedua pada 7 Mei, hubungan dengan ahli-ahli Kesatuan Eropah sudah tentu semakin baik dengan kelegaan signifikan terhadap Jerman. Pendirian pro-EU Macron akan mengukuhkan hubungan dengan negara-negara utama EU.

ECB (European Central Bank) sudah tentu sangat lega jika Macron menang dan tiada pergerakan pasaran yang teruk selepas pusingan pertama dengan pasaran saham yang menggalakkan.

Jika Macron benar-benar memenangi pilihanraya di pusingan kedua, ECB dijangka akan mengubah polisi pada mesyuarat Jun walaupun ECB tetap enggan menggunakan retorik yang lebih meyakinkan.

Kemenangan Macron juga akan memudahkan rundingan Brexit dengan UK dan meningkatkakn keyakinan dalam kalangan Kesatuan Eropah yang akan mengurangkan kebimbangan kepada rundingan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat