Jumlah Dana Pelaburan VC dan PE Cecah RM566.37 Juta Pada 2019

286

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menyatakan bahawa jumlah dana komited dalam industri modal teroka (VC) dan ekuiti swasta (PE) pada tahun 2019 adalah sebanyak RM5.998 bilion pada tahun 2019 dengan 122 syarikat berdaftar.

Menurut SC, laporan tahunan 2019 telah mencatatkan aktiviti pelaburan pada tahun tersebut adalah sebanyak RM566.37 juta, penurunan sebanyak 7.6% berbanding 2018 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM 613.28 juta.

Antara tiga syarikat teratas mengikut jumlah komitmen pelabur pada akhir 2019 adalah Xeraya Capital, Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP) dan COPE Private Equity Sdn Bhd.

VC dan PE memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan pengusahaan dan ekonomi Malaysia. Bukan sahaja memfokuskan kepada modal kewangan, mereka juga memberikan bimbingan perniagaan strategik serta menyokong usahawan dalam membangun perniagaan yang berjaya dan berdaya saing.

Suruhanjaya itu turut menjelaskan tentang kepentingan dana awam yang kekal sebagai sumber modal terbesar kepada industri – agensi kerajaan dan syarikat pelaburan yang merangkumi sebanyak 41.1% manakala dana kekayaan negara menyumbang sebanyak 24.4%.

Melalui pertumbuhan perusahaan ini mampu menyumbang kepada peluang pekerjaan yang lebih banyak, inovasi sekaligus menaikkan ekonomi Malaysia.

SC juga berusaha memastikan pendekatan holistik dan mencari inisiatif untuk industri ini dengan melantik anggota baru yang mewakili pelabur dari institusi terlibat ke Majlis Pembangunan Modal teroka dan Ekuiti Swasta Malaysia (MVCDC).

MVDC yang dipengerusikan oleh SC merupakan organisasi untuk memastikan penglibatan inklusif antara kerajaan dan sektor swasta dalam mendukung pembangunan VC dan PE.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat