Jumlah Pengguna Kripto Meningkat 2x Ganda Kepada Lebih 200 Juta!

650

Rekod pengguna matawang kripto mencatatkan peningkatan dua kali ganda, kepada jumlah semasa 221 juta pada Jun.

Menurut Crypto.com, pertumbuhan positif ini mengambil masa empat bulan, bermula pada Januari dengan rekod populasi pengguna kripto ketika itu cuma 106 juta.

Tidak lain tidak bukan Bitcoin (BTC) antara punca utama kepada perkembangan ini apabila beberapa syarikat gergasi dunia mula menceburi ke dalam industri kripto.

Misalnya, Microstrategy, PayPal, Tesla, dan Visa telah membuat pembelian BTC dan mengumumkan rancangan untuk menyokong matawang kripto.

Manakala pada Mei, pasaran altcoin menarik perhatian yang mana menyebabkan populasi kripto secara global meningkat mendadak kepada rekod terbaru, 203 juta pengguna.

Pada tempoh yang sama juga, Ethereum dan beberapa protokol Proof-of-Stake (PoS), menjadi sasaran apabila Bitcoin (BTC) berhadapan dengan kritikan isu perlombongannya yang tidak mesra alam.

Termasuk token meme seperti Shiba Inu(SHIB) dan Dogecoin (DOGE) yang hype didorong oleh pengasas Tesla, Elon Musk.

Malah, boleh dikatakan pertumbuhan mendadak sehingga melepasi 200 juta pengguna kripto pada Mei juga didorong oleh rekod tertinggi harga Bitcoin melepasi $64,000 pada April.

Ketika penulisan, pasaran kripto menunjukkan prestasi yang menggembirakan dengan harga Bitcoin didagangkan pada $40,063, meningkat 1% dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat