Kadar Pengangguran Malaysia Berada Di Paras 4.7%

259

Kadar pengangguran di Malaysia pada Ogos lalu berada pada paras 4.7% berbanding bulan sebelumnya, menurut laporan Jabatan Statistik hari ini.

Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata menerusi kenyataannya hari ini, jumlah penganggur pada Ogos tahun ini berkurangan sebanyak 0.5% kepada kira-kira 741,600 orang berbanding Julai lalu.

“Tenaga kerja pada Ogos lalu adalah meningkat seramai 15.9 juta orang susulan pembukaan berterusan sektor ekonomi. Walau bagaimanapun, keadaan itu bergantung kepada situasi Covid-19 di negara ini,” kata Mohd. Uzir.

Tambah Mohd. Uzir, kadar pengambilan pekerja terus meningkat pada Ogos, sekali gus menunjukkan banyak kegiatan ekonomi dijalankan semula bermula Julai.

Ujarnya, antara kegiatan ekonomi yang dijalankan termasuklah sektor pelancongan, pendidikan srta seni, hiburan dan aktiviti rekreasi.

“Kebanyakan mereka yang mendapat pekerjaan dalam sektor perkhidmatan terutamanya pergadangan peruncitan dan borong, pengangkutan, makanan dan minuman serta aktiviti maklumat serta komunikasi.

‘Selain itu, kemampuan ekonomi untuk mewujudkan peluang pekerjaan meningkat sebanyak 0.3% mata per bulan ke bulan kepada 65.2% berbanding 64.9% pada Julai lalu,” jelas Mohd. Uzir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat