Kerajaan Bakal Buka Pasaran Untuk Industri Tenaga

400

Kabinet telah meluluskan pelan induk 10 tahun iaitu Industri Bekalan Elektrik Malaysia 2.0 (MESI 2.0) yang bertujuan memperbaharui kecekapan industri tenaga tempatan dengan menghentikan perjanjian pembelian kuasa (PPA) dengan pengeluar tenaga bebas (IPP) kepada pasaran permulaan pasaran hibrid kapasiti tenaga dengan aktiviti lelongan pertama bermula 2029.

Pelaksanaan rancangan kerajaan dengan menyediakan kemudahan kepada penjana tenaga tempatan untuk melelong tenaga eletrik yang dijana terus kepada peruncit seperti TNB dan peruncit alternatif akan bermula suku ketiga tahun hadapan.

Antara ciri utama pelan induk ini ialah untuk memperkenalkan liberalisasi merentasi industri daripada sumber bahan api, penjanaan kepada penghantaran dan pengedaran serta peruncitan di Semenanjung Malaysia di samping meningkatkan bekalan tenaga hijau di negara ini.

Inisiatif pembaharuan utama berhubung pelan ini adalah membenarkan penjana menjana bahan api sendiri untuk mengoptimumkan kos, beralih daripada PPA ke pasaran kapasiti dan tenaga, menubuhkan rangka kerja akses pihak ketiga dan caj rangkaian untuk grid bagi membolehkan pihak ketiga menggunakan prasarana serta memudahkan pengeluar dan pengguna tenaga hijau.

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin menyatakan bahawa bagi permulaan kepada pelaksanaan pelan ini, segmen peruncitan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada pengguna akhir dijangka akan bermula pada suku kedua tahun 2021.

Melalui pelaksanaan pelan ini, TNB tidak lagi menjadi peruncit tunggal dan sebagai langkah persediaan, syarikat itu akan memperkenalkan bil terperinci dan mekanisme masa penggunaan yang menggariskan caj berbeza mengikut jam yang berbeza pada setiap hari.

Sementara itu, rebat elektrik sebanyak RM40 yang diberikan kepada orang yang kurang bernasib baik yang didaftarkan di bawah program e-Kasih dan program lain masih diteruskan walaupun dengan perubahan dalam sektor tenaga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat