Lima News Besar Tumpuan Pasaran Minggu Pertama 2018 (1-5 Januari)

81

Minggu terakhir tahun 2017 bermula dengan perlahan sehinggalah kita dapat melihat kejatuhan US dolar. US dolar dijangka bergerak volatile (turun-naik) minggu ini dengan beberapa data dan event penting iaitu data NFP dan minit mesyuarat FOMC.

Minggu lalu, US dolar tertekan dengan penutupan akaun dan pelarasan portfolio oleh pelabur-pelabur walaupun rang undang-undang percukaian telah diluluskan di Amerika Syarikat.

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat berita dan event penting yang perlu diberi perhatian minggu ini.

#1 Data Pekerjaan Amerika Syarikat NFP (Jumaat)

Data ini akan dikeluarkan pada Jumaat pukul 9.30 malam yang akan melengkapkan bacaan data pekerjaan Amerika Syarikat pada tahun 2017. Data pekerjaan bulan Disember 2017 ini dijangka akan merekodkan bacaan positif dengan data kadar gaji dijangka meningkat dari bacaan sebelum ini. Jumlah pekerjaan pula dijangka bertambah 189,000 berbanding sebelum ini 228,000.

#2 Minit Mesyuarat FOMC Federal Reserve (Khamis)

Minit mesyuarat FOMC akan dikeluarkan pada Khamis pukul 3 pagi waktu Malaysia. Minit ini dijangka akan menyediakan pasaran dengan lebih banyak maklumat tentang polisi monetari The Fed di masa hadapan. Dalam mesyuarat FOMC sebelum ini Fed telah menaikkan kadar faedah kepada 1.50% dan mengunjurkan tiga kali kenaikan kadar faedah pada 2018.

#3 Data Inflasi Zon-Eropah (Jumaat)

Data awal inflasi bagi bulan terakhir 2017 ini akan memberikan gambaran lengkap dan bacaan inflasi sepanjang tahu lalu. Data ini penting kerana ECB akan bermesyuarat untuk penetapan polisi monetari pada bulan ini dan ia dijangka mempengaruhi keputusan ahli-ahli ECB. Ketika ini data inflasi berada pada 1.50% dan masih berada di bawah sasaran inflasi 2% ECB.

#4 Data Sektor Perkhidmatan United Kingdom (Khamis)

Sektor perkihidmatan adalah yang terpenting dan banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi UK. Oleh sebab itu, ia akan jadi perhatian pelabur setiap kali ia dikeluarkan. Data indeks sektor perkhidmatan ini akan dikeluarkan pada Khamis pukul 5.30 petang. Untuk data kali ini ia dijangka merekodkan bacaan 54.1 lebih tinggi daripada bacaan sebelum ini 53.8.

#5 Data Sektor Perkhidmatan Amerika Syarikat (Jumaat)

Laporan ISM sektor perkhidmatan ini lebih penting berbanding bacaan sektor pembuatan dengan saiz industri yang lebih besar dan penyumbang utama ekonomi Amerika Syarikat. Data ini akan dikeluarkan selepas data NFP dan kita tidak dapat menjadikan ia sebagai ‘hint’ untuk menjangka data NFP. Namun, pasaran menjangka bacaan meningkat daripada sebelum ini iaitu 57.8 berbanding 57.4.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat