Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

52

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Dakwaan White House bahawa Pengarah FBI James Comey sudah hilang keyakinan terhadap institusi tersebut adalah bertentangan dengan komen dari Pengarah FBI sementara Andrew Maccabe. Beliau mengatakan Comey mendapat sokongan dalam FBI sehinggalah ke hari ini.

2) Pasaran saham China telah kehilangan nilai modal sehingga USD560 billion sejak April, di mana bon 10 tahun kerajaan China meneruskan kejatuhan sejak tahun 2013. Kerajaan China juga akan menjadi tuan rumah kepada hampi 30 ketua-ketua negara dunia hujung minggu ini.

3) Harga minyak mentah global jatuh dari paras tertinggi Khamis berikutan aktiviti pengambilan keuntungan oleh pelabur selepas kenaikan dua hari berturut-turut. Minyak mentah kini di landasan tepat bagi merekod keuntungan 3% minggu ini selepas data inventori US yang memberi kesan positif kepada pasaran minyak mentah.

4) Amerika Syarikat dan China akan mengembangkan perdagangan dalam sektor pertanian khususnya daging dan ayam bagi mengurangkan defisit perdagangan US di mana China akan membenarkan import daging dari US. Kini hubungan antara US-China mencapai paras terbaik khususnya dari segi perdagangan.

5) Data inflasi US meleset dari jangkaan pasaran tetapi meningkat dari data sebelum ini. Data harga pengguna (CPI) naik 0.2% pada April berbanding jangkaan kenaikan 0.3%, manakala inflasi teras hanya naik 0.1% berbanding jangkaan 0.2%. Satu lagi data penting iaitu jualan runcit US juga meleset dari jangkaan pasaran tetapi masih meningkat dari sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat