Luno Dah Dapat Kelulusan Penuh Oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia? Dah Boleh Beli Bitcoin?

1,650

Luno merupakan pertukaran matawang kripto pertama yang diberi kelulusan untuk beroperasi oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan diiktiraf sebagai operator pasaran berdaftar bagi pertukaran aset digital.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Luno yang beribu pejabat di London berjaya memenuhi syarat yang dikemukakan oleh SC dan bakal menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk membeli, menjual dan menyimpan matawang kripto dengan selamat melalui platform yang betul.

Pengurus besar Luno di Asia Tenggara, David Low menyatakan bahawa proses ini memakan tempoh yang agak lama sejak memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2015 sebelum menjadi pertukaran aset digital terbesar pada tahun 2017 dan kini, telah dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Selain itu, syarikat berkenaan telah menjalinkan usaha sama dengan para penggubal undang-undang dan badan perbankan untuk merealisasikan urusniaga matawang kripto melalui platform yang disediakan.

Seterusnya, beliau turut menyatakan bahawa ini adalah satu pencapaian signifikan dan menunjukkan betapa pentingnya aset digital pada hari ini dan nilai jangka masa panjang buat mata wang kripto.

Beliau juga berhasrat untuk membantu memberikan tunjuk ajar kepada rakyat Malaysia bagaimana cara untuk membeli, menjual dan menyimpan matawang kripto dengan selamat menggunakan pertukaran yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Syed Zaid Albar meluahkan rasa gembira ekoran senarai platform yang ada menyediakan perkhidmatan berterusan untuk sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana termasuk teknologi tinggi, pendidikan, peruncitan, makanan dan minuman serta produk pengguna.

Selain itu juga, ia turut menarik minat ramai pelabur terutama pelabur muda di bawah usia 35 tahun.

Luno kini mengungguli sebagai syarikat matawang kripto global dengan lebih 3 juta pelanggan (wallet) dicatatkan di lebih 40 buah negara.

Info kemaskini : Pihak INTRADAY sudah menerima maklum balas dari wakil Luno, di mana buat masa sekarang, pelanggan sedia ada boleh melakukan deposit dan pembelian seperti biasa di Luno. Manakala pelanggan baru perlu tunggu 1-2 minggu dari sekarang untuk semuanya beroperasi seperti biasa.

Jom topup Bitcoin dan Ethereum sementara tengah murah di LUNO – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat