MCO Buat PLUS ‘Merana’

842

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) mengalami kerugian RM400 juta selama tiga bulan, sejak dari bulan Mac, kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (MCO) untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, jumlah kenderaan di lebuh raya di bawah operasi syarikat telah mencatatkan penuruan sebanyak 90% dalam tempoh tersebut, dari 1.7 juta sehari kepada 170,000 sehari.

Selain itu, pendapatan mereka turut merosot sebanyak 90% pada bulan Mac, April dan Mei tetapi mencatatkan peningkatan semula mulai 6 Jun setelah pemerintah mengizinkan perjalanan rentas negeri.

Tambahnya lagi, kerugian tersebut tidak dapat dipulihkan dan secara tidak langsung telah memberikan impak terhadap syarikat dan pekerja.

Oleh yang demikian, pihak pengurusan syarikat tersebut terpaksa mengambil keputusan yang sukar bagi mengelakkan kesan besar terhadap operasi dan kesejahteraan pekerja mereka dengan persetujuan pihak pengurusan dan kesatuan sekerja.

Ianya tidak termasuk penganjuran pelbagai program atau perayaan seperti Hari Raya, tidak ada pakaian seragam baru dan tidak ada kenaikan gaji tahun ini.

Walau bagaimanapun, mereka tidak akan menjalankan pemotongan gaji terhadap para pekerja akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kira-kira 3,800 individu dapat terus bekerja.

Kini, jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya PLUS telah meningkat kepada 1.5 juta sehari, dan ia dijangka akan terus meningkat jika pemerintah membuka sepenuhnya sempadan Malaysia-Singapura di masa depan.

Sementara itu, beliau mendedahkan bahawa PLUS tidak melupakan tanggungjawab sosial korporatnya terhadap barisan hadapan, terutama yang berada di hospital di seluruh negara yang menangani wabak tersebut.

Oleh itu, mereka telah menyalurkan RM1.2 juta untuk menyediakan peralatan pelindung diri dan peralatan perubatan untuk disumbangkan ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.

Selain itu, pekerja PLUS juga mengumpulkan RM128,000 untuk disumbangkan dalam bentuk kemudahan perubatan kepada 7 buah hospital di sepanjang lebuh raya PLUS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat