Menjelang Data CPI, Ini Pandangan Pakar Terhadap Pasaran Kripto Perlu Diketahui Pelabur!

353

Dalam kurang 1 jam lagi, data Indeks Harga Pengguna (CPI) untuk bulan Disember akan dikeluarkan oleh Biro Statistik Buruh AS, pasaran kripto kekal catat bacaan di atas harga $18k. Penganalisis percaya bahawa lonjakan harga itu susulan jangkaan Wall Street dan penganalisis kripto menjangkakan inflasi akan menurun pada bulan Disember.

Hari ini harga BTC mencatat penembusan harga Bitcoin melebihi $18K untuk kali pertama dalam tempoh 2 bulan lalu. Pada ketika ini harga BTC didagangkan pada paras harga $18,197.90, lonjakan 4.42% dalam tempoh 24 jam.

Penganalisis popular Michael van de Poppe dalam tweetnya pada hari ini telah berkongsi ramalannya untuk pasaran kripto kerana ahli ekonomi Wall Street menjangkakan penurunan CPI.

Mengikut konsensus, kadar inflasi tahunan di A.S. berkemungkinan perlahan untuk bulan keenam berturut-turut kepada 6.5% pada bulan Disember. Ia adalah yang terendah sejak Oktober 2021. IHP juga telah turun kepada 7.1% pada bulan November.

Michael van de Poppe percaya CPI kemungkinan besar akan turun lagi, tetapi jangkaan penurunan besar-besaran seperti yang dicadangkan oleh pakar lain adalah rendah. Beliau menjangkakan CPI boleh catat pada bacaan 6.6% atau 6.7%

Pada 11 Januari, beliau menyatakan bahawa BTC akan kekal mempertahan paras dagangan pada sekitar $17.3K. Justeru Bitcoin “berkemungkinan akan terus bergerak lebih tinggi ke arah $18.5K.”

Bank-bank Wall Street menjangkakan penurunan CPI bagi bulan Disember. Ahli ekonomi berdasarkan alasan mereka kerana harga tenaga yang lebih rendah pada bulan Disember yang menyumbang paling banyak kepada kelembapan. Kos petrol menurun hampir 12% dari November hingga Disember.

CIBC, Wells Fargo, dan Nomura menjangkakan inflasi pada 6.3%, manakala Barclays, Bank of America, JPMorgan, Morgan Stanley, dan Goldman Sachs telah menetapkan jangkaan mereka kepada 6.4%. Sementara itu, TD Securities, Citi, Credit Suisse dan BMO menjangkakan CPI Disember pada 6.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat