Meta Platforms Akan Menukar Ticker FB Kepada ‘META’ Mulai 9 Jun

219

‘Macam ni barulah tak confuse nak panggil Meta ke atau Facebook’.

Sudah 8 bulan sejak Facebook menukar nama syarikat ke Meta Platforms Inc, dalam usahanya untuk menjadi peneraju dunia maya metaverse.

Saham syarikat yang tersenarai dalam indeks Nasdaq Composite juga dilihat kekal dibawah nama ticker ‘FB‘ sejak tawaran awam permulaannya pada 2012 hingga kini.

Namun bermula 9 Jun ini, nama ticker bagi saham Meta Platforms Inc yang tersenarai di Wall Street akan ditukar kepada ‘META‘.

Perkara ini telah disahkan oleh wakil syarikat pada 31 Mei lalu.

Pada berita berasingan, penganalisis JP Morgan mengesahkan bahawa Meta Platforms Inc memeterai perjanjian dengan Broadcom Inc yang akan membekalkan cip perkakasan khas untuk metaverse.

Difahamkan bahawa Broadcom akan membekalkan cip khas iaitu litar bersepadu khusus aplikasi (ASIC) yang telah memacu pendapatan sebanyak $2 bilion hingga $2.5 bilion tahun ini untuk syarikat.

Menurut sumber, cip ASIC direka khas untuk melaksanakan tugas khusus berat termasuk kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin.

Melalui perjanjian itu juga Meta akan membayar $1 bilion setahun untuk cip tersebut, dan akan menjadi pelanggan ASIC Broadcom dalam tempoh 3 ke 4 tahun selepas Google Alphabet Inc.

Sebelum ini, Broadcom serta Google bekerjasama untuk menghasilkan cip khas bagi tujuan pembelajaran mesin sejak 2016, dan cip tersebut kini dipercayai bernilai $1.3 bilion.

Realitinya, dengan perubahan yang berlaku kepada Meta Platforms Inc dan perjanjian baharu tersebut, tidak hairan andai ideologi metaverse bakal terlaksana seawal beberapa tahun mendatang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat