Microsoft Umum Pembelian Semula Saham Bernilai $40 Bilion

245

Microsoft Corp. merancang untuk membeli semula $40 bilion saham dan menaikkan dividen sebanyak 11% sekaligus mengekalkan imejnya sebagai syarikat yang memberi pulangan dividen yang tinggi kepada pemegang saham. Ini merupakan kali ketiga Microsoft membenarkan pelan pembelian semula yang sebelum ini pernah dilakukan pada tahun 2013 dan 2016.

Syarikat itu berkata tidak ada tarikh tamat tempoh bagi program pembelian semula saham sambil berkata mereka juga boleh mengurangkan program itu.

Microsoft yang merupakan antara syarikat terbesar yang didagangkan secara umum, telah mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang kukuh menerusi pengkomputeran awan yang membantu syarikat mengatasi anggaran Wall Street pada suku keempat fiskal, yang berakhir pada 30 Jun. Jualan Microsoft meningkat 12% dan keuntungan melonjak 49% berbanding tahun sebelumnya.

Kira-kira $4.6 bilion saham telah dibeli oleh Microsoft sendiri pada suku April hingga Jun, mewakili 3.8% daripada nilai pasaran syarikat yang dianggarkan lebih dari $1 trilion. Dari tahun 2017 hingga 2019 pula, Microsoft telah membeli semula 419 juta saham secara keseluruhan yang bernilai $35.7 bilion.

Dividen bagi syarikat itu juga meningkat sebanyak 5 sen berbanding 46 sen sesaham sebelum ini, melebihi pembayaran suku sebelumnya. Peningkatan ini juga lebih tinggi daripada pengumuman yang dibuat pada tahun lalu. Pemegang saham bakal menikmati dividen yang akan diagihkan pada 12 Disember.

Ketika ini saham Microsoft didagangkan pada harga $138.52, naik $1.13 untuk sesi dagangan yang berakhir semalam. Untuk tahun ini sahaja harga saham Microsoft telah meningkat lebih daripada 37%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat