Mohnish Pabrai : Si Miskin Yang Bertukar Jadi Jutawan Pelaburan!

14,066

Mohnish Pabrai dilahirkan dan dibesarkan di Mumbai, India. Zaman kanak-kanaknya dihabiskan di sebuah perkampungan yang sangat miskin. Namun, beliau bernasib baik kerana dapat masuk ke sebuah sekolah elit swasta.

Ketika berada di sekolah tersebut, beliau dapat menghidu bau busuk sisa kotoran yang berpunca dari kawasan perumahannya yang berdekatan. Justeru itu, Mohnish memasang tekad untuk mengubah kehidupannya.

Setelah menamatkan pengajiannya di peringkat sekolah menengah, Mohnish melanjutkan pelajarannya di Clemson University, Amerika Syarikat dalam bidang kejuruteraan komputer pada 1983. Berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi, beliau berjaya menamatkan pengajiannya dengan keputusan yang cemerlang.

Kemudian, beliau bekerja dalam bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) di sebuah syarikat teknologi yang dikenali sebagai Tellabs. Dengan pengalaman yang diperolehi, Mohnish menubuhkan sebuah firma perundingan teknologi yang dinamakan TransTech pada tahun 1991.

Selain itu, syarikat berkenaan dibiayai dengan menggunakan wang simpanannya di dalam akaun sebanyak $401 ribu dan $70 ribu melalui kad kreditnya. Beberapa tahun kemudian, syarikat berkenaan telah dijual dengan harga $20 juta.

Hal ini didorong oleh minat Mohnish terhadap pelaburan. Di samping itu, beliau turut menjadikan Warren Buffett sebagai idolanya. Dengan menggunakan prinsip dan strategi yang dipelajari melalui idolanya itu, beliau mula mengasaskan sebuah syarikat hedge fund yang dikenali sebagai Pabrai Investment Fund.

Sejak penubuhannya pada tahun 2000, syarikat tersebut berjaya memberikan pulangan kumulatif kepada pelabur sebanyak 517% berbanding 43% dalam indeks S&P 500. 13 tahun berikutnya, nama Mohnish Pabrai semakin dikenali di seluruh dunia. Hal ini demikian kerana prestasi syarikatnya yang berjaya mengatasi indeks S&P 500 dengan pulangan sebanyak 1103%.

Kini, syarikat berkenaan mempunyai sebanyak $570 juta aset di bawah pengurusannya berbanding $1 juta ketika peringkat awal penubuhannya. Tambahan daripada itu, ianya menguruskan antara 15 hingga 20 buah syarikat dan portfolionya hanya tertumpu kepada negara India dan beberapa buah negara membangun.

Seterusnya, Mohnish turut menerbitkan dua buah buku mengenai pelaburan iaitu Mosaic dan The Dhandho Investor.

Berikutan dengan pengalaman hidupnya dan kadar kemisikinan yang semakin meningkat di India, beliau dan isterinya telah menubuhkan Dakshana Foundation pada 2005. Yayasan yang ditubuhkan ini untuk mengagihkan harta kekayaan yang dimiliki kepada golongan yang memerlukan dan mengubah hidup mereka.

Dalam satu kenyataan, Mohnish mendedahkan bahawa kemiskinan berpunca daripada kurangnya pendidikan seseorang. Justeru itu, idea penubuhan yayasan berkenaan tercetus.

Pada tahun 2017, jumlah pendapatan yang direkodkan oleh beliau adalah sebanyak $100 juta dengan kadar purata tahunan sebanyak 16%. Memang kaya! Agak-agak berapa pula jumlah kekayaan beliau pada tahun ini?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat