Momentum ‘Hijau’ Terbantut, Pasaran Saham Global Bercampur

174

Saham Eropah naik sementara saham Wall Street bercampur selepas pelabur mengetepikan kebimbangan mengenai gangguan perjalanan dan penutupan kedai akibat varian Omicron.

Selain itu, pasaran minyak mentah ke pasaran saham dilihat pulih dari kerugian pada penghujung November akibat Omicron yang telah membuatkan pelabur beralih mencari aset pelaburan selamat.

Dalam pada itu, lebih banyak negara akan menangguhkan sekatan perjalanan menjelang akhir tahun ini dan kebimbangan varian yang terus berkurangan telah mengujakan pelabur sehingga beralih ke aset berisiko.

Tolok saham MSCI seluruh dunia capai 0.09% pada paras menghampiri rekod tertinggi pada bulan lepas dan STOXX 600 pan-Eropah tambah 0.62% pada penutupan 5 minggu tertinggi.

Indeks purata Dow Jones Industrial Avarage naik 0.26%, S&P 500 turun 0.10% dan Nasdaq Composite jatuh 0.56%.

Nikkei Jepun capai paras tertinggi 1 bulan dan indeks meluas MSCI Asia-Pasifik luar Jepun ditutup tinggi pada 0.44%.

Indeks MSCI equiti dunia naik 17% tahun ini dan bagi 2022 para pelabur mengambil langkah berhati-hati berkenaan risiko peningkatan tekanan herga, pertumbuhan pendapatan korporat yang perlahan dan kemungkinan kitaran kenaikan kadar Amerika Syarikat (AS).

Harga minyak mentah AS naik 0.75% pada $76.14 setong dan harga minyak Brent naik 0.73% pada $79.17 setong walaupun terdapat peningkatan ketara kes Omicron serta gangguan bekalan dan jangkaan inventori AS jatuh minggu lepas.

Euro susut 0.16% sementara indeks dolar naik 0.112% dan nota penanda aras 10 tahun susut 1/32 dalam harga hasil 1.4842%.

Hasil perbendaharaan 2 tahun naik ke paras tertinggi sejak Mac 2020 apabila jangkaan bahawa Federal Reserved (Fed) semakin hampir menaikkan kadar.

Emas berundur selepas capai paras tertinggi 1 bulan ekoran kebimbangan inflasi sementara perkembangan suram pasaran kripto, Bitcoin jatuh 6.07%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat