Najib, Irwan Didakwa Melakukan Pecah Amanah Terhadap RM6.6 Billion Wang Kerajaan

1,377

Kertas pertuduhan menunjukkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah didakwa dengan enam pertuduhan pecah amanah melibatkan RM6.64 billion dana kerajaan.

Kesalahan itu menurut kertas pertuduhan menunjukkan ia dilakukan dalam jangka masa setahun antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Sebahagian daripada wang tersebut digunakan untuk tujuan termasuk perbelanjaan mengurus KLIA dan subsidi dan juga wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Laporan juga menunjukkan wang tersebut disalurkan ke 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi membayar hutang yang termasuk US$1.2 billion kepada IPIC (Abu Dhabi sovereign wealth fund International Petroleum Investment Co) pada April 2017.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram iaitu bekas hakim mahkamah persekutuan yang dilantik oleh Peguam Negara untuk mengetuai pendakwaan terhadap kes berkaitan IMDB.

Pihak pembelaan Najib pula diketuai peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Muhamad Abdullah.

Mohd Irwan pula diwakili oleh Datuk K Kumaraendran dan juga Dev Kumaraendran, Lavinia Kumaraendran, Geethan Ram Vincent dan Revin Kumar.

Pertuduhan itu telah dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen Azman Ahmad.

Najib, 65 dan Irwan Serigar, 61 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua tuduhan dibacakan.

Bagi keenam-enam pertuduhan, kedua-dua terduduh juga didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas semua herta berkenaan yang berjumlah RM6.6 billion.

Untuk setiap tuduhan, masing-masing boleh dihukum maksimum penjara 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat