News Besar ECB Malam Ini! Apa Kita Tahu Setakat Ini?

60

Menjelang penetapan kadar ECB pada malam ini, pihak Draghi dijangka akan meneruskan polisi yang begitu akomodatif ketika ini. Mereka juga perlu menjawab persoalan tentang bilakah program semasa ini akan dihentikan.

Malam ini kita mungkin akan melihat isyarat kepada strategi untuk menghentikan program sedia ada dan akan distabilkan pula dengan pendirian pengekalan polisi monetari yang sangat akomodatif ini.

Ramalan atau prospek terbaru kepada ekonomi yang dibuat oleh staf ECB akan menjadi tumpuan pada malam ini. Dengan jangkaan semasa, sebarang penjualan Eur/Usd dan kejatuhan mendadak mungkin akan berpatah balik (reverse) dengan pantas.

Kadar faedah ECB pada masa ini -0.40% dijangka akan kekal.

Apa yang menjadi tumpuan pasaran pada malam ini ialah program pembelian bond sama ada meneruskan program ini berikutan tempoh program ini akan berakhir pada Mac 2017. Penting bagi ECB untuk mengumumkan perancangannya agar tidak memberikan kejutan kepada pasaran jika mereka masih menunda-nunda hal ini.

Draghi selalu menekankan dalam beberapa majlis beliau berucpa sebelum ini bahawa ECB akan meneruskan polisi monetari akomodatif pada tahap lebih tinggi jika perlu untuk mencapai sasaran 2% inflasi dalam jangka masa sederhana.

ECB akan menggunakan analisis menyeluruh ekonomi Kesatuan Eropah malam ini, sebagai asas kepada sebarang keputusan yang akan dibuat. Mungkin akan ada peningkatan dalam jangkaan pertumbuhan ekonomi dan ramalan inflasi untuk beberapa tahun akan datang.

ECB pada masa ini dilihat akan meneruskan pelonggaran polisinya (easing policy), tetapi perlu memberikan panduan kepada pasaran tentang strategi pengurangan pelonggaran yang akan dilakukan dalam jangka masa sederhana agar pasaran lebih bersedia dan tidak berlaku sebarang kejutan tidak terkawal.

Pasaran pada masa ini menjangkakan ECB akan meneruskan program pembelian bon 80 billion Euro selepas tempoh semasa berakhir pada Mac 2017. Program ini dijangka akan diteruskan lagi dalam masa enam bulan.

Mungkin juga ECB boleh mengubah sedikit program ini dengan mengurangkan sedikit jumlah pembelian bon atau penambahan tempoh masa atau kedua-duanya sekali.

Contohnya, ECB boleh mengurangkan pembelian bon kepada 60 billion Euro tetapi memanjangkan tempoh pembelian ini dari enam bulan kepada sembilan bulan.

Pasaran pada malam ini akan berhati-hati dengan keadaan naik-turun (volatile) yang aggresif seperti yang terjadi pada Disember 2015 yang mana matawang Euro melonjak dan merudum (short squeeze) tanpa dijangka berikutan pemotongan kadar oleh ECB. Mungkin akan terjadi pergerakan yang tidak menentu terutama matawang Euro dalam sidang media yang dijalankan malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat