Pandangan Pakar Ekonomi Terhadap Kekacaun Politik Di Itali Terhadap Zon Eropah

690

Kekacauan politik bagi ekonomi ketiga terbesar dalam zon eropah tidak akan reda dalam jangka masa terdekat ini, menurut bekas ketua ekonomi IMF, Olivier Blanchard.

Situasi politik di Itali menyebabkan kekacauan dalam pasaran dan mengakibatkan pasaran saham banyak dalam posisi dijual. Pasaran khuatir Itali akan keluar daripada Eropah.

Baru-baru ini parti Five Star Movement (M5S) and dan parti liga far-right telah memenangi pilihan raya dan memilih Paolo Savona sebagai menteri ekonomi. Pandangannya yang bersifat euroskeptikal selari dengan agenda anti-establishment tersebut.

Penjualan pasaran bermula apabila Presiden Itali Sergio Mattarella menolak Savona.

Presiden Mattrella berkata beliau tidak boleh menerima seorang menteri yang akan merisikokan rakyat Itali. Sebagai respon kepada hal ini, Conte telah meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pemimpin 5-star Di Maio kini sedang berusaha bagi pemecatan Presiden Mattarella.

Indeks saham telah jatuh 2.3 peratus pada hari Selasa dan telah menyebar ke pasaran saham Eropah dan US. Pasaran matawang juga terkesan sama apabila matawang Euro jatuh 0.7 peratus berbanding US dolar.

Pasaran juga mengkhuatirkan pelan ekonomi M5S dan Liga untuk Itali. Terdapat tanda-tanda bahawa parti tersebut ingin mengabaikan peratusan fiskal EU.

Menurut bekas ketua ekonomi IMF tersebut, Eropah dijangka akan berada dalam keadaan baik, namun mungkin tidak di Itali.

Hal ini kerana Itali memiliki hutang yang tinggi dalam zon Eropah, selain itu ia juga memliki pinjaman yang buruk dalam sektor perbankan.

Menurut beliau, senario terbaik ialah pemenang pilihan raya seharusnya menyediakan pelan yang menyenangi hati pengundi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat