Para Pelabur Harus Kekal Cakna – Pegawai Kesihatan Beri Amaran Menjelang Musim Sejuk!

220

Pengarah pemimpin kesihatan Amerika Syarikat (A.S) mengeluarkan kenyataan bahawa A.S mungkin akan memasuki fasa yang lebih berbahaya dalam penularan wabak Covid-19.

Menurut Andy Slavitt, bekas pemangku pentadbir di Pusat Perkhidmatan Medicare dan Medicaid berpendapat bahawa terdapat pertumbuhan kes positif yang lebih ketara pada bahagian utara A.S. Tambah beliau, ini hanyalah permulaan dan ia berkemungkinan bertambah teruk pada musim sejuk nanti. Atas dasar tersebut, beliau menasihatkan agar rakyat mengelakkan perjumpaan berkumpulan kerana rakyat A.S akan berhadapan fasa paling berbahaya.

Setakat hari Jumaat yang lepas, data yang dikeluarkan oleh Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kini telah mencatat sebanyak 8.6 juta kes positif jangkitan Covid-19 dengan catatan harian sebanyak 83, 757 kes dilaporkan sehari pada hari Jumaat.

Para pakar termasuk penasihat Covid-19 Rumah Putih, Dr. Anthony Fauci, telah memberi amaran bahawa kehadiran musim sejuk dapat meningkatkan lagi jangkitan Covid-19 dengan akan berlakunya perhimpunan yang melibatkan ramai orang.

Slavitt akhir sekali mengatakan jumlah kes berkemungkinan tidak setinggi yang terjadi pada awal tahun ini namun perkhidmatan kesihatan akan berhadapan dengan cabaran yang lebih tinggi kerana tenaga kerja yang semakin lelah sejak berbulan-bulan lalu memerangi krisis Covid-19.

Para pelabur mengambil sikap berhati-hati dengan perkembangan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan di A.S.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat