Parti Buruh Terus Menghampiri Parti Theresa May

50

Parti Buruh terus menghampiri Parti Konservatif menjelang pilihanraya umum United Kingdom pada 8 Jun menurut tinjauan terkini yang dijalankan.

Tinjauan yang dibuat oleh Survation menunjukkan Parti Buruh dengan sokongan 37% naik tiga mata dari minggu lalu di mana Parti Konservatif dengan sokongan 43%. Liberal Democrats pula 8% dan Ukip 4%.

53% dari responden menyatakan kepercayaan kepada Theresa May sebagai Perdana Menteri terbaik, di mana Corbyn mendapat sokongan 30% peningkatan 9 mata sejak tinjauan yang dibuat oleh Survation 5 Mei lepas.

Tinjauan ini dibuat selepas sahaja Parti Buruh mulai mendapat peningkatan sokongan di mana persaingan dengan Parti Konservatif semakin sengit.

Tinjauan yang dibuat oleh Survation menemuduga sejumlah 1,009 responden rakyat UK yang berumur dalam lingkungan 18 ke atas melalui telefon pada 26 dan 27 Mei.

Tinjauan Yougov yang terkini pula menunjukkan Parti Konservatif mendapat 43% sokongan berbanding Buruh 36% (Sebelumnya 48% vs 38%).

Tinjauan ICM UK yang terkini pula menunjukkan Konservatif mendapat sokongan 46% berbanding Buruh 32% (Sebelumnya 47% vs 33%).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat