Pasaran Asia Didagang Tinggi Dalam Sesi Selasa

60

Pasaran saham Asia merekod keuntungan pada Selasa dengan sentimen positif disumbang oleh data Caixin PMI sektor pembuatan.

Indeks PMI (Purchasing Manager’s Index) Caixin dibuat berdasarkan kaji selidik 400 syarikat SME. Laporan Indeks bagi bulan Julai berada pada kadar 51.1,  melebih jangkaan 50.1 dan 50.4 pada bulan lepas.

Indeks Nikkei di Jepun ditutup 0.31% lebih tinggi pada hari ini. Di Australia, ASX200 merekod keuntungan 0.91% dalam penutupan pasaran Selasa. Bank pusat Australia hari ini mengekalkan kadar faedah 1.50% seperti jangkaan pasaran dengan komen potensi impak pengukuhan Aussie Dolar.

Indeks Hang Seng di Hong Kong pula naik 0.83% setakat pukul 3.43 petang di mana indeks Shanghai Komposit ditutup 0.59% lebih tinggi.

“Operasi dalam sektor pembuatan meningkat pada Julai menunjukkan momentum pertumbuhan ekonomi yang kukuh,” kata penganalisis ekonomi di CEBM, Zhengsheng Zhong apabila mengulas tentang data Caixin pagi tadi.

Wallstreet ditutup lebih tinggi dalam sesi dagangan Isnin, apabila pemain pasaran masih menjangka laporan pendapatan kukuh oleh syarikat sekaligus menyokong kenaikan saham teknologi yang jatuh mendadak sebelum ini.

Dalam perkembangan berlainan, pasaran Eropah dibuka lebih tinggi pada Selasa dengan Stoxx 600 yang mennggabungkan 60 syarikat di Eropah naik 0.11% setakat pukul 3.51 petang.

Dax di Jerman ketika ini susut 0.04%, manakala CAC40 di Perancis naik 0.10%.

Euro Stoxx50 pula susut 0.01% setakat pada masa artikel ini ditulis pukul 3.52 petang.

FTSE100 di United Kingdom ketika ini naik 0.67%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat