Pasaran Beri Reaksi Berbeza Dalam Sesi Dagangan Good Friday?

542

US dolar dilaporkan mengukuh semasa sesi perdagangan Good Friday yang didorong oleh laporan pekerjaan yang lebih baik dari sasaran para pakar ekonomi. Ekonomi Amerika Syarikat (A.S) berjaya mencatat pertumbuhan pekerjaan terpantas dalam tempoh tujuh bulan dan ini secara tidak langsung mendorong hasil bon A.S lebih tinggi.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh, ekonomi A.S menambah 916,000 pekerjaan baru pada bulan Mac. Ia merupakan pertumbuhan terpantas ejak bulan Ogos dan naik dari angka bulan Februari yang hanya catat 468,000 pekerjaan.

Kadar pengangguran turun kepada 6%, turun dari 6.2%, pada bulan Mac. Ini adalah kadar pengangguran terendah dalam lebih dari satu tahun.

Walaupun terdapat laporan pekerjaan yang memberangsangkan, ekonomi masih jauh dari mencapai prestasi yang memberangsangkan pernah dicapai Februari tahun lalu. Namun kehadiran pakej rangsangan persekutuan yang berjumlah besar merangkumi cek $1,400 sedikit sebanyak mampu meringankan beban dan merancakkan ekonomi.

Pasaran bon 10-tahun meningkat sebanyak 0.023% kepada 1.702% dan bil satu tahun meningkat 0.003%. Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback terus mengukuh susulan laporan NFP sebanyak 0.2% kepada paras tukaran 92.89.

Pasangan mata wang USD / CAD merosot 0.01% kepada 1.2547, dari pembukaan 1.2548. EUR / USD jatuh 0.09% kepada 1.1768, dari pembukaan 1.778.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat