Pasaran Pekerjaan Australia Melonjak Pada Mac

45

Pasaran buruh Australia melonjak pada Mac, meningkat enam bulan berturut-turut dan memastikan pasaran pekerjaan dalam keadaan kukuh selepas tahun 2016 yang agak mencabar bagi ekonomi secara keseluruhan.

Pekerjaan meningkat 60,900 pada Mac berbanding kenaikan 2,800 sebelum itu yang telah dikaji semula pada Februari. Jangkaan bagi data kali ini ialah kenaikan sebanyak 20,000 pekerjaan.

Pekerjaan sepenuh-masa melonjak 74,500 berbanding peningkatan 38,700 pada bulan sebelum itu. Manakala pekerjaan separuh-masa merosot 13,600 pada Mac selepas susut 33,500 pada Februari.

Kadar pengangguran pula masih kekal di paras 5.9% selepas meningkat 0.2 peratus pada Februari. Jumlah penyertaan yang menganggar jumlah rakyat Australia yang bekerja dan aktif dalam mencari pekerjaan naik ke paras 64.7%.

Peningkatan dalam pekerjaan sepenuh-masa akan mengurangkan kebimbangan terhadap keadaan semasa pasaran pekerjaan di Australia.

Australia sebelum ini merekod peningkatan berterusan dalam pekerjaan separuh-masa sepanjang 12 bulan lalu. Ini sebenarnya menunjukkan kelemahan negara ini dalam mencipta pekerjaan sepenuh-masa yang lebih berkualiti dan terjamin kepada rakyat di negara itu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat