Pasaran Saham dan Minyak Kembali Tenang Selepas Kemunculan Omicron

270

Pasaran Asia masih dalam proses pemulihan pada Isnin selepas kemunculan varian baharu, Omicron yang mengancam pemulihan ekonomi dunia dan rancangan pengetatan polisi beberapa bank pusat.

Varian baharu tersebut ditemui tersebar sehingga ke Kananda dan Australia dan menyebabkan lebih banyak negara mengenakan sekatan perjalanan bagi cuba membendung penyebarannya.

Britain telah mengadakan mesyuarat tergempar menteri kesihatan G7 pada Isnin bagi membincangkan perkembangan virus tersebut walaupun seorang doktor Afrika Selatan yang telah merawat kes virus tersebut berkata simptom Omicron setakat ini ringan.

Hari Isnin menyaksikan momentum dagangan tidak menentu namun terdapat tanda-tanda penstabilan apabila niaga hadapan S&P 500 bertambah 0.4% dan niaga hadapan Nasdaq 0.5%.

Kedua-dua indeks mengalami kejatuhan paling teruk dalam beberapa bulan pada Jumaat dengan saham perjalanan dan syarikat menjuman teruk.

Niaga hadapan Nikkei didagangankan kukuh pada 28,370 dan indeks meluas MSCI bagi saham Asia-Pasifik luar Jepun turun 0.2%.

Hasil perbendaharaan 2 tahun merosot 14 mata asas pada Jumaat pada 0.50 yang merupakan kejatuhan tersebar sejak Mac tahun lalu.

Peralihan dalam jangkaan melemahkan dolar Amerika Syarikat (AS) untuk memanfaatkan tempat selamat Yen Jepun dan Franc Switzerland.

Awal Isnin menyaksikan dolar telah stabil sedikit pada 113.71 yen selepas merosot 1.7% pada Jumaat.

Indeks dolar melonjak 96.156 pada selepas kejatuhan 0.7% pada Jumaat.

Euro kekal pada $1.1283 mengikuti rali $1.1203 yang dicatat pada minggu lepas.

Presiden bank pusat Eropah, Christine Lagarde, berkata zon Euro akan lebih bersedia untuk menghadapi kesan gelombang ekonomi akibat darpada jangkitan varian Covid-19 baharu, Omicron.

Pasaran komoditi menyaksikan harga minyak melantun selepas mengalami kejatuhan sehari terbesar sejak April 2020 pada Jumaat.

Harga minyak Brent melantun 3.6% pada $75.31 setong sementara harga minyak mentah AS mencanak 4.0% pada $70.85.

Emas mememui permintaan selamat yang menyebabkan ia berada pada $1,785 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat