Pasaran Saham Di Malaysia Dari Kaca Mata Remisier Maybank Investment Bank

1,552

Pasaran saham adalah tempat di mana saham syarikat yang dimiliki secara awam boleh dibeli dan dijual melalui ‘Exchange’. Di Malaysia, setakat ini hanya ada satu sahaja ‘Exchange’ yang bertauliah dan sah iaitu di Bursa Malaysia yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti. Selain dari itu ia juga dikenali sebagai pasaran ekuiti.

 

Pasaran saham juga diketahui umum sebagai ekonomi pasaran bebas, kerana ia menawarkan kepada syarikat keupayaan untuk mengakses modal sebagai pertukaran saham kepada pihak luar iaitu pelabur yang berminat untuk menjadi sebahagian dalam pemilikan syarikat.

 

Pasaran saham atau pasaran ekuiti menawarkan peluang kepada para pelabur untuk meningkatkan pendapatan mereka tanpa memiliki perniagaan sendiri dengan kos ‘overhead’ dan kos permulaan yang tinggi. Pendapatan atau keuntungan dari pemilikan saham ini boleh digambarkan dengan membeli harga saham pada harga rendah dan menjual saham tersebut pada harga tinggi dari harga belian.

 

Di pihak syarikat pula, penjualan saham mereka dapat membantu syarikat mengembangkan perniagaan secara pesat. Apabila anda membeli saham syarikat, ia biasanya dikaitkan dengan peningkatan dalam nilai syarikat. Oleh itu, perdagangan saham atau pasaran ekuiti boleh menjadi ‘win-win situation’ bagi pelabur dan pemilik.

 

 

Terdapat risiko negatif dalam pasaran saham. Risiko kecil atau besar bergantung kepada jumlah saham yang dibeli dimana pelabur boleh kehilangan wang dalam perdagangan saham. Sekiranya pedagang saham memegang saham syarikat yang semakin kehilangan nilai, maka begitu juga dengan pedagang. Sekiranya dia memutuskan untuk menjual sahamnya apabila nilai itu lebih rendah, dia akan menjual dengan kerugian.

 

Bagaimanakah Pasaran Saham dibahagikan?

 

Pasaran saham boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Pasaran utama (primary) dan Pasaran sekunder.

 

Pasaran Utama (primary) – Pasaran di mana saham syarikat pada mulanya diwujudkan. Bahasa lebih mudahnya adalah proses IPO (Initial Public Offering).

 

Pasaran utama ini berlaku proses di mana saham syarikat ditawarkan dan dijual buat kali pertama terus dari syarikat yang mengeluarkannya. Pasaran utama didominasi oleh institusi pelaburan yang lebih besar seperti bank pelaburan, “Hedge Fund”, ‘High Networth Client’, dan sebagainya. Selepas peruntukkan ini diisi, barulah syarikat menjualnya kepada pelabur awam di pelbagai saluran lain seperti di MITI, dan Bank Pelaburan melalui perbankkan internet dan mesin ATM.

 

Pasaran Sekunder – Di sini adalah tempat dimana saham syarikat didagangkan di ‘Exchange’ iaitu di Bursa Malaysia. Di pasaran sekunder pedagang akan berjual beli saham berdasarkan analisis masing-masing maka akan membentuk permintaan dan penawaran saham. Transaksi pertukaran saham ini berlaku di platform dagangan yang disediakan oleh Organisasi Terlibat (PO) yang berlesen oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.

.

.

Tuan Jeffry Azizi Jaafar merupakan Penulis Tamu di Moshed.com. Beliau adalah seorang Remisier di Maybank Investment Bank dan sangat terkenal dengan penulisan beliau tentang dunia saham di sosial media. Boleh follow Facebook beliau di sini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat