Pelabur Hitung Masa, Ini Jangkaan Untuk Keputusan Fed!

472

Hari yang dinantikan telah tiba, di mana Federal Reserve (Fed) dijangka secara meluas akan meningkatkan kadar faedahnya sebanyak 75 mata asas untuk kali ketiga berturut-turut.

Keputusan tersebut akan diumumkan pada 2.30 pagi waktu Malaysia, dengan pelabur turut menantikan isyarat terbaharu dari Fed mengenai panduan ke hadapan dalam penetapan dasarnya.

Antara yang menjadi tumpuan utama adalah unjuran baharu Fed terhadap pertumbuhan ekonomi, pasaran buruh dan inflasi Amerika Syarikat.

Ia akan memberi petunjuk mengenai ke mana penggubal dasar berpendapat kadar faedah sedang menuju, berapa lama masa akan diambil inflasi untuk jatuh, dan berapa besar impak yang mungkin dialami pekerjaan dan ekonomi  sepanjang tempoh itu.

Pakar ekonomi dari Deutshce Bank berpandangan Pengerusi Jerome Powell mungkin akan menegaskan semula komitmen Fed untuk melakukan apa yang perlu untuk membawa inflasi kembali ke sasaran walaupun terpaksa merisikokan ekonomi ke arah kemelesetan.

Jerome Powell dijadualkan berucap seusai keputusan dasar diumumkan yang akan ditafsirkan sama ada sebagai langkah seterusnya yang hawkish atau kadar kenaikan yang lebih perlahan.

Data inflasi Ogos mengejutkan pasaran dengan catatan yang masih tinggi, meningkat pada 8.3% berbanding 8.5% yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat