Pelabur-Pelabur China Memilih Bitcoin Sebagai Pelaburan Alternatif Dalam Situasi Pasaran Berisiko!

618

Sejak beberapa hari yang lepas, perang dagang antara AS-China menjadi semakin tegang dengan kedua-dua belah kerajaan saling tidak mahu mengalah. Pada minggu lepas Presiden AS Donald Trump membuat keputusan untuk mengenakan tarif tambahan sebanyak 10% ke atas $300 billion barangan China. Pada hari Isnin, kerajaan China secara rasmi mengumumkan penangguhan pembelian barangan pertanian AS dan dalam masa yang sama ingin mengenakan tarif ke atas barangan pertanian selepas 3 Ogos.

Beberapa matawang utama telah susut dengan banyak dan China membiarkan matawang yuan lemah berbanding AS dolar pada paras terendah lebih 10 tahun lalu. Namun hal sebaliknya yang berlaku dalam pergerakan harga Bitcoin. Nilai pasaran Bitcoin telah naik 8%, pada harga lebih $11,000 pada hari Isnin.

Berdasarkan kenyataan kementerian kewangan AS, sejak akhir-akhir ini China telah mengambil bebrapa langkah untuk melemahkan nilai yuan. Tindakan ini telah membuatkan pasaran semakin khuatir.

Sebahagian penganalisis percaya bahawa para pelabur memilih untuk lari daripada volatility pasaran ditengah situasi berisiko kepada Bitcoin. Segelintir penganalisis juga percaya keputusan China untuk melemahkan nilai matawang telah menyebabkan pelabur China memilih Bitcoin.

Selain itu, sejak akhir-akhir ini kerajaan dan bank pusat China telah semakin lunak terhadap matawang crypto. Menurut Circle CEO Jeremy Allaire China, kini sedang mengkaji untuk menertbitkan matawang crypto bersandarkan matawang negara China.

Pada hari ini, harga Bitcoin telah melepasi paras $12,000 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat