Pelabur Waspada Sentimen Risk-Off, Pasaran Saham Kecundang

559

Kebimbangan terhadap inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang lembab telah membuatkan pelabur menjauhi ekuiti dan beralih ke arah pelaburan aset safe-haven.

Ekoran daripada itu indeks-indeks saham diseluruh dunia junam dan dolar Amerika Syarikat (AS) terus lonjak ke paras tertinggi 20 tahun.

Wall Street memperlihatkan indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 653.67 mata atau 1.99% pada 32,245.7, S&P 500 hilang 132.1 mata atau 3.20% pada 3,991.24 dan Nasdaq Composite turun 521.41 mata atau 4.29% pada 11,623.25.

Ia merupakan kali pertama sejak 21 Mac 2021 bagi S&P berada di bawah angka 4,000 sementara Nasdaq capai paras terendahnya sejak November 2020.

Tolok MSCI saham seluruh dunia merosot 3.09% selepas mencapai paras terendahnya sejak Disember 2020 manakala saham pasaran membangun hilang 1.63%.

Menurut pengarah urusan dagangan ekuiti Wedbush Securities Los Angeles, Michael James, pelabur dilihat sedang cuba mengekalkan modal dan cuba mengumpul tunai berdasarkan keadaan makro ekonomi yang bertambah buruk.

Terangnya, keadaan pertumbuhan yang perlahan membuatkan pelabur mencari segala aset yang berkaitan pertumbuhan.

Umumnya, bank-bank pusat diseluruh dunia termasuk di Britain, AS dan Australia telah menaikan kadar faedah pada minggu lalu, dan ini secara tidak langsung memberi isyarat bahawa akan terdapat lebih banyak pengetatan pada masa akan datang.

Chris Zaccarelli, ketua pegawai pelaburan Independent Advisor Alliance, menyatakan bahawa pasaran akan terus menilai semula risiko inflasi kerana keadaan dijangka kekal lebih lama.

Tambahnya, keadaan bertambah buruk dengan tekanan kelembapan ekonomi yang terjadi ekoran penutupan di China dan perang di Eropah.

Dalam pada itu, hasil Perbendaharaan AS susut selepas nota penanda aras 10 tahun cecah paras tertinggi 3 setengah tahun pada 3.0397% dengan pelabur bersiap sedia untuk data harga pengguna dan lelongan hutang kerajaan bernilai $103 bilion.

Bagi pasaran mata wang pula, pelabur yang mencari safe-haven telah beralih ke dolar sehingga ia meningkat selama 5 minggu berturut-turut, capai paras tertinggi 20 tahun sebelum jatuh sedikit pada 0.77% dengan Euro naik 0.07% pada $1.0558.

Yen Jepun pula mengukuh 0.25% berbanding greenback pada 130.24 per dolar.

Spot emas jatuh 6.45% pada $1,852.58 per auns dan niaga hadapan emas AS turun 0.94$ pada $1,857.10 per auns.

Bitcoin turut susut sering Wall Street.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat