Pendapat Terkini Ahli ECB Tentang Polisi Monetari Bank Pusat Eropah

46

Pembelian bon yang terlalu banyak adalah tidak bagus kerana ia akan menyebabkan ECB (European Central Bank) terlalu bergantung kepada komitmen jangka panjang, kata ketua penganalisis ekonomi ECB Peter Praet.

“Dalam kita bergerak ke arah perubahan dan halatuju inflasi yang kukuh dan semakin hampir kepada penamatan pembelian bon, sokongan monetari tetap diperlukan untuk membantu ekonomi,” kata Praet.

“Kadar faedah polisi akan mendapat semula statusnya sebagai instrumen polisi yang utama.”

Salah seorang ahli ECB Ardo Hansson ketua bank pusat Estonia juga berkata beliau semakin yakin inflasi akan naik yang menyokong penilaian semula rangsangan bank pusat.

“Dengan prospek yang meyakinkan dalam ekonomi, terdapat skop untuk penilaian semula polisi,” kata Hansson, seorang ahli ECB yang hawkish kepada Konferens di London.

Beliau juga mengatakan, menunggu terlalu lama untuk mengurangkan rangsangan monetari adalah tidak baik dan beliau melihat ekonomi semasa Zon-Eropah menyokong kepada perubahan polisi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat