Penjualan Komputer Turun Tapi Prestasi Dell Cemerlang, Ini Rahsianya!

139

‘Ramai sebenarnya fans Dell di US jadi tak hairan kalau syarikat masih boleh catat keuntungan.’

Di sebalik penurunan prestasi penjualan komputer (PC) global, Dell Technologies Inc tetap mencatat peningkatan keuntungan operasi suku tahunan sebanyak 68%.

Menurut laporan pendapatan korporat Dell, kejayaan tersebut dicapai berdasarkan faktor pengukuhan permintaan pada pelayan dan peralatan rangkaian dan pemulihan rantaian bekalan dalam mengekang kos.

Selain itu, hasil syarikat selepas mengambil kira perniagaan pada pelayan, peralatan simpanan dan perkakas perisian turut melonjak 12% pada suku ke-3 (Q3) tatkala permintaan terhadap PC berkurangan.

Umumnya, permintaan terhadap produk PC sehingga ke laptop mengalami penurunan dalam tempoh sekatan pergerakan (lockdown) mulai dilonggarkan di seluruh dunia.

Ketika waktu pandemik dahulu jualan PC global telah meningkat apabila kebanyakan syarikat dan pengguna memilih untuk bekerja dari rumah (work from home) sehingga tercetus masalah bekalan.

Berbalik kepada laporan pendapatan Dell, hasil pengguna turun 29% sementara hasil pendapatan perusahan besar atau komersial jatuh 13%.

Ia membawa jumlah hasil keseluruhan junam 6% pada $24.72 bilion namun masih berjaya melepasi unjuran $24.54 bilion yang ditetapkan pasaran.

Dalam pada itu, perbelanjaan operasi Dell menurun 8% pada Q3 dengan syarikat dilihat memperolehi kelebihan daripada pemulihan rantaian bekalan.

Data lain yang menjadi tumpuan adalah pendapatan bersih syarikat menyusut 93% pada $241 juta selepas membayar $1 bilion bagi menyelesaikan kes saman pada 2018 dan pendapatan operasi naik $1.76 bilion berbanding $1.05 bilion setahun lalu.

Setakat penulisan ini saham Dell dilihat susut 2.32% pada $41.07 dengan permodalan syarikat sebanyak $30.10 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat