Perang Dagang Amerika VS China – Ini Trader Forex Perlu Lakukan

1,182

Presiden Trump sedang bersedia untuk mendedahkan rancangan untuk mengenakan cukai import (tariff) kepada China yang bernilai $30 billion dan berkemungkinan amaun tersebut juga akan digandakan kepada $60 billion seawal Khamis.

Ada juga laporan mengatakan pengumuman tariff terhadap China itu tidak akan dikenakan serta-merta kerana White House masih memikirkan pendekatan yang perlu diambil.

Hal ini lah yang menjadi kebimbangan pasaran kerana mampu mencetuskan perang perdagangan antara dua kuasa ekonomi dunia. Sudah tentu ia akan mencetuskan sentimen risk-off dalam pasaran yang biasanya menyebabkan aset safe-haven mengukuh.

Keputusan Amerika Syarikat untuk melancarkan siasatan perdagangan terhadap China sebelum ini juga adalah satu bentuk protectionism, kata kementerian perdagangan China pada Rabu.

Berikutan tindakan terbaru Trump ini, satu kumpulan perdagangan yang mewakili Walmart, Apple, Best Buy, Nike dan Under Armour memberi amaran bahawa tariff boleh menyebabkan harga pengguna di Amerika Syarikat meningkat. Mungkin disebabkan perkara inilah The Federal Reserve menunjukkan isyarat positif untuk meneruskan kenaikan kadar faedah di masa akan datang.

Tindakan A.S. mengenakan tariff yang lebih banyak kepada China selain daripada keluli dan aluminium dilihat satu tindakan yang bijak. Walaupun China adalah pengeluar keluli terbesar dunia, tetapi eksport China ke Amerika hanya mewakili 2% daripada keseluruhan import keluli A.S.

Jumaat ini akan menjadi hari pertama tariff keluli dan aluminium dikuatkuasakan oleh Amerika terhadap import dari luar negara. Sebagai tindak balas, Kesatuan Eropah juga telah menyenaraikan $3.4 billion tariff terhadap produk dari Amerika yang termasuk produk oleh Harley Davidson, Jack Daniels dan jus oren Florida.

Apa yang perlu kita lakukan sebagai trader?

Perhatikan sentimen ini setiap masa dan terus kemaskini maklumat berita tentang tariff dan potensi perang perdagangan antara A.S., China dan Kesatuan Eropah. Jika perang perdagangan ini tercetus dan menjadi semakin buruk, pemain pasaran akan beralih kepada aset safe-haven seperti emas, Yen dan Chf.

>>>PELAJARI ANALISIS FUNDAMENTAL KLIK SINI.<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat