Perang Dagangan AS-China – Apakah kesannya kepada Pasaran Malaysia?

356

Rentetan daripada kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap pelaksanaan tarif ke atas import China yang bernilai US$300 bilion, Bursa Malaysia terus berada pada paras yang rendah.

Terdahulu, Rizab Persekutuan (Fed) mengumumkan penurunan dalam kadar faedah iaitu sebanyak 25 mata asas menyebabkan para pelabur mengambil sikap menunggu akibat ketidakpastian Fed sama ada penurunan kadar faedah akan terus dilaksanakan atau tidak.

Situasi ini bertambah buruk apabila China tidak menunaikan janjinya untuk membeli produk pertanian AS selepas pertemuan mereka baru-baru ini menyebabkan Trump melaksanakan tarif ke atas China.

Perang dagangan yang berlaku akan membawa kepada kelembapan ekonomi dunia yang menjejaskan permintaan terhadap barangan Malaysia, sekali gus menyebabkan permintaan terhadap ringgit terjejas dan nilainya rendah berbanding dolar AS.

Wujud kebimbangan di kalangan para pelabur dan mereka mula mengambil langkah berwaspada dengan tidak mengambil risiko untuk memasuki pasaran terutama di negara-negara membangun.

Pasaran kewangan juga akan terjejas serta berlaku pengaliran keluar wang dari pasaran saham Malaysia, dan seterusnya memberi tekanan kepada ringgit. Apabila pelabur mula beralih ke mata wang lindung seperti dolar AS dan yen, nilai ringgit akan terus merudum dan seterusnya mengakibatkan kos sara hidup meningkat.

Ketegangan perdagangan antara kedua-dua buah negara gergasi ekonomi tersebut akan terus menjadi faktor dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat