Perghhh! Nvidia Menuju Gelaran ‘Trillion Dollar Company’

826

Dunia maya bakal jadi realiti.

Saham Nvidia Corp melonjak 12% pada Khamis membawa nilai permodalan pasaran syarikat pembuat cip tersebut menghampiri US$1 trilion dengan harapan ia akan mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat lain yang melabur berbilion dolar bagi pembangunan metaverse mereka.

Saham Ndivia telah mencatat keuntungan berganda tahun ini dan melepasi nilai pasaran AS$800 bilion pada Khamis sehingga jauh meninggalkan pesaing lain seperti Intel dan Advanced Micro Devices di mana masing-masing turut mencatat peningkatan sebanyak 0.82% dan 65%.

Walau bagaimanapun, beberapa penganalisis tetap berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan rekod tinggi tersebut kerana ini menandakan Nvidia telah mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat AS ketujuh paling berharga.

Sebagai rekod, saham syarikat tersebut pernah jatuh selepas Meta Platforms yang dahulunya Facebook telah mengumumkan pada bulan Oktober untuk penjenamaan semula sebagai usaha untuk membuatkan metaverse mudah diakses secara meluas.

Dalam pada itu, RoundHill Ball Metaverse ETF yang menjejaki syarikat untuk mendapat manfaat dari metaverse melonjak ke paras tertinggi pada 1.7%, peningkatan lebih 20% sejak mencecah paras terendahnya pada 4 Oktober.

Nvidia pada bulan lepas telah melancarkan Omniverse Enterprise, sebuah perisisan yang akan membantu syarikat mencipta ‘metaverse‘ dalam dunia tiga dimensi, di mana cipnya yang dihasilkan oleh Nvidia cukup berkuasa untuk menjana kuasa pengkomputeran mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat